Lewi pemungut cukai mengikut Yesus.
"Ikutlah Aku!" Maka berdirilah Lewi lalu mengikut Dia. Kemudian ketika Yewsus makan di rumah orang itu, banyak pemungut cukai dan orang berdosa makan bersama-sama dengan Dia dan murid-murid-Nya.
Amin, Helleluya.
Situasi ini telah dipetik dari Markus 2:13-17.
Ia bercerita ttg bagaimana Tuhan Yesus telah menyelamatkan seseorang yang amat dipandan hina oleh masyarakat. jikalau saya rasa diri macam serong pemungut cukai, selalu berada sekeliling duit, apa-apa pun saya pikir dan lihat, ia cara untuk menguat keuntungan je, lebi-lebih lagi skema dan tipu-helah untuk punggut lebih dari apa yang sepatutnya saya ambik.
dosa saya dalam hidup ini tidak lebih teruk ataupun ringan daripada apa yang Lewi mengalami/melakukan. dosa adalah dosa adalah dosa. tak kira bertapa besar atau pun kecil ia nya.
dan apabila kita yang berdosa ini dippangil oleh Tuhan untuk ikut dia, kata kata Yesus mempunyai kuasa. kuasa unutk meliberitasi kita dari gengaman dunia yang bermata wang. saya tidak akan marah kalau seseorang berbuat dosa, kerana kita memang di lahir dengan nafsu! saya hanya marah kepada diri saya sendiri kalau tiday menceritakan dan berkongsi Berita Baik bahawa hanya di dalam Yesuslah kita dapat diselamatkan dari dosa.
Yesus tidak memandang rendah kepada orang-orang berdosa seperti Lewi dan rakan-rakan dia. Yesus melihat kita dengan mata penuh kasih. Sayang-Nya kepada kita merentasi batas-batas dunia sehingga Dia sanggup bergadai nyaway dia untuk kita.
v17 : Yesus mendengarnya dan berkata kepada mereka: "Bukan orang sihat yang memerlukan tabib, tetapi orang sakit; Aku datang bukan untuk memanggil orang benar, melainkan orang berdosa"
Yesus, tidak mahu saya melihat diri sendiri sebagai seorang yang sudah mencapai rohani dan kemuliaan, Yesus tidak mahu saya menjadi ahli Taurat yang kat luar nampak suci tapi dalam tidak mahu tolong yang lain. hanya tolong diri sendiri je.
adakan saya akan dapat mengikuti jejak Yesus Kristus, Penyelamat saya yang telah memanggil saya unutk mengikuti-Nya?
No comments:
Post a Comment